Tuesday, November 8, 2016

5 Tips Sebelum Membeli Smartphone

[5 Tips Sebelum Membeli Smartphone]

Baju menjadi perkara yang mesti kita gunakan setiap hari. Begitu juga pada zaman kini, smartphone telah menjadi seperti baju. Setiap hari perlu digunakan. Namun kita sering kali melihat ramai sering bertukar-tukar smartphone dan membeli yang baru kerana tidak memilih smartphone yang betul-betul sesuai dengan dirinya.

Pada hari ini, Smart Catchy ingin berkongsi sedikit tips sebelum anda membeli smartphones ataupun tukar kepada yang baru.

1. Keperluan

Tips memilih SmartPhone pertama. Apa yang perlu kita tekankan ialah untuk apa kita beli SmartPhone. Adakah ia satu keperluan atau cuma untuk menunjuk-nunjuk atau kita terikut-ikut dengan rentak perkembangan teknologi. Bila keluar yang baru nak tukar smartphone.


Untuk apa kita beli ? Ada pelbagai alasan orang nak beli, ada yang nak guna untuk online, main game 3D, untuk bisnes online, untuk berblog, selain dari penggunaan asas smartphone itu sendiri.Jika anda minat dengan kepantasan dan perlu menggunakan banyak applikasi untuk kegunaan anda seharian pilihlah yang sesuai dengan keperluan anda.

Jika keperluan anda untuk penggunaan yang asas sahaja, cukuplah menggunakan yang biasa-biasa juga. Jadi itulah yang terbaik untuk anda. Jangan bandingkan dengan orang lain. Kerana setiap orang lain keperluannya dan lain seleranya.

2. Kemampuan

Tanya diri sendiri, Mampukah aku ? Tidak rugi ke nak beli SmartPhone mahal tapi anak kelaparan di rumah ? Bila mak bapak nak minta duit kat kampung cakap tak ade duit. Tapi guna smartphone mahal-mahal. Kecil hati mak bapa kita. Dosa tau.
Jika anda mampu nak beli smartphone mahal belilah. Jika tak mampu belilah ikut kemampuan. Itulah yang terbaik bagi kamu. Jangan bandingkan dengan orang lain. Nanti diri sendiri yang merana.

3. Spesifikasi

Jangan risau, sekarang banyak SmartPhone yang spesifikasi tinggi tapi harga cukup berpatutan. Pilihan di tangan anda. Pilih SmartPhone bandingkan harga, spesifikasi seperti prosessors, RAM, ROM, ada slot SD ada atau tidak, berapa inci besar, berapa kepadatan pixel per inchi, ketahanan bateri (mAH), Kamera depan dan belakang berapa MP, jadi lain-lain lagi yang anda rasa perlu untuk di ketahui. Ini bagi mengelakkan anda tertipu.

4. Jenama

Jenama bukan ukuran yang tepat untuk menentukan bagus atau tidak SmartPhone yang kita guna. Jenama ini cuma kerana kita minat, dan ada yang sampai nak bergaduh mempertahankan jenama yang mereka minat.Yang sorang kata samsung bagus, sorang lagi kata lenovo bagus, sorang lagi kata Apple yang bagus. Jadi nak pilih smartphone jangan pilih jenama sangat.

5. Buat Kajian

Tips memilih smartphone yang kelima. Buat kajian. Luangkan sedikit masa untuk membuat kajian mengenai smartphone yang hendak dibeli. Jangan main hentam sahaja. Bandingkan dan cari yang terbaik untuk diri anda. Mana nak buat kajian ? Ada banyak sumber kita mencari maklumat, cari kat google, forum, laman web jualan seperti lazada.com.my, mudah.my dan lelong.com.my. Kat facebook banyak yang berkongsi maklumat. Kalau ada duit lebih sikit boleh beli majalah berkaitan smartphone. Atau anda boleh bertanya di kedai-kedai yang menjual smartphone.

Kesimpulan

Jangan gaduh pasal smartphone mana yang bagus, mana yang terbaik. Jangan perli rakan-rakan yang tidak tukar handphone/smartphone. Sebab itu yang terbaik buat mereka.

>>>>>>>>>>>>>>>>>

Jangan lupa untuk like page facebook Smart Catchy Enterprise yang diusahakan oleh anak tempatan.

Smart Catchy Enterprise bakal menawarkan pelbagai aksesori smartphone anda.

Nantikan satu rekaan produk terbaru kami yang akan menyerikan dunia smartphone anda!

No comments:

Post a Comment